CRYSTAL HEIGHTS EDUCATION SDN BHD (CHE) merupakan sebuah syarikat milikan penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada 08 January 2018. Penubuhan CHE adalah signifikan dengan visi serta aspirasi Kerajaan Malaysia ke arah membudayakan aplikasi- aplikasi berkaitan bidang ICT dan Teknologi Maklumat di dalam era moden ini. Aktiviti utama syarikat berfokuskan kepada perkhidmatan dalam bidang berkaitan ICT dan Teknologi maklumat terutamanya dalam pembangunan aplikasi, pendidikan dan pembelajaran produk samada untuk keperluan kehidupan ataupun perniagaan di Malaysia.

Perkhidmatan yang dijalankan termasuklah penyediaan latihan, bimbingan dan juga motivasi kepada Institusi-institusi yang mendapatkan khidmat daripada CHE. Bagi memberi keberkesanan kepada latihan yang dilaksanakan, maka CHE telah menjalankan sesi latihan yang efektif untuk melatih tenaga kerja dalam setiap aspek supaya mereka lebih berdaya saing bagi menghadapi persaingan global. CHE juga menawarkan pelbagai kursus, program serta persijilan yang bersesuaian samaada dalam sektor perkilangan mahupun di dalam sektor perkhidmatan.

Program-program yang ditawarkan oleh CHE dipadankan dengan kesesuaian dan keperluan peserta agar matlamat CHE untuk meningkatkan nilai mutu serta kualiti peserta dapat dicapai selain daripada memperolehi kelayakan serta pengalaman apabila tamat menghadiri kursus tersebut. Di dalam konteks latihan dan pembangunan ini, CHE menyediakan pelbagai bentuk latihan di dalam organisasi mahupun program-program pembangunan umum untuk kumpulan pengurus, eksekutif, penyelia, kakitangan kerajaan dan sokongan serta turut merangkumi golongan pelajar. Bagi memantapkan lagi kandungan dan objektif program yang dijalankan maka perbincangan pihak CHE dengan tenaga pengajar (fasilitator) yang berpengalaman dalam bidang masing-masing dilakukan. Oleh itu semua program yang CHE tawarkan telah disesuaikan dengan kehendak atau keperluan sesebuah syarikat yang mana kualiti program tersebut juga dititikberatkan.